Thursday, August 26, 2010

Menulis Isi Tugasan

Di dalam proses mengarang sesuatu tugasan terutamanya yang berkonsepkan penulisan akademik, susunan dan penterjemahan idea, sokongan idea oleh cendiakawan dan ulasan dari pelajar amatlah penting.

Ketika mengambil ijazah dahulu, saya telah menggunakan satu formula yang saya ringkaskan dari penulisan akademik yang advanced. Formulasi ini saya gunakan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan dan ternyata berkesan. Malahan, ketika menyiapkan tugasan dalam MBA, formulasi ini ternyata memberi impak yang amat besar dari segi pemarkahan. Saya namakan formulasi ini sebagai M.A.U.K.

Gelaran ini saya berikan yang bermaksud "mahu" dan diterjemahkan dari bahasa Melayu Sarawak. Asalnya, setiap kali bermula semester, para pelajar akan diberikan tugasan. Dan selalunya perasaan MALAS dan TIDAK MAHU akan menyelubungi perasaan pelajar... hehehe (memang lumrah manusia pun... MALAS... dan saya tidak terkecuali)

Formulasi MAUK merupakan cara paling mudah dan berkesan yang boleh digunakan oleh para pelajar dalam membuat tugasan. Formulasi ini menekankan 4 perkara :

M = Makna / Definisi
A = Aplikasi / Analisa
U = Ulasan
K = Kesimpulan

P/S: Gunakan formulasi ini dalam setiap penulisan tugasan. Saya pasti anda akan berada pada landasan yang betul... PERCAYALAH....

No comments:

Post a Comment