Tuesday, April 23, 2013

Format Tugasan / Assignment di OUM

Rata-rata tugasan di OUM sekarang mempunyai format 40-60 yang mana 40% markah keseluruhan adalah disumbangkan dari penulisan Tugasan /  Assignment.

Terdapat suara-suara sumbang yang mengatakan 40% ini adalah terlalu besar dan menyenangkan para pelajar untuk lulus. Jawapan saya... YA, memang benar 40% ini besar tetapi tidak semestinya senang untuk lulus. Kenapa? Kita harus ingat bahawa struktur tugasan yang diberikan bukan seperti menjawab soalan-soalan di peringkat sekolah.

Di dalam menyiapkan sesebuah tugasan, para pelajar dikehendaki untuk membuat jawapan bertulis diantara 2000-3500 patah perkataan (secara amnya di semua peringkat universiti). Untuk menyiapkan tugasan seperti ini, para pelajar dikehendaki membuat pelbagai persediaan termasuklah membuat kajian dan juga mendalami sesuatu bidang ketahap yang lebih dalam. Ini penting untuk menghasilkan suatu tugasan / penulisan yang matang dan berkualiti.

Adakah sukar untuk mendapat 40%? Secara amnya, selalu saya katakan, tiada yang senang sekiranya kita sambil lewa. Usaha dan ketekunan itu penting. Dalam penulisan tugasan, 40% bukan sesuatu yang mustahil sekiranya para pelajar memahami konteks dan kehendak soalan. 

Apa yang perlu dilakukan? Ini adalah cara saya membuat tugasan ketika zaman Uni dahulu.... Mungkin boleh digunakan oleh anda... walaubagaimanapun, semuanya bergantung dengan cara anda sendiri...

1. Baca kehendak soalan.. fahamkan
2. Baca kehendak soalan.. fahamkan
3. Baca kehendak soalan.. fahamkan
4. Kenal pasti topik yang terlibat
5. Buat kajian berkenaan topik tersebut... banyakkan membaca berkenaan topik berkaitan
6. Kenalpasti contoh yang boleh diberikan (misalnya syarikat untuk dijadikan contoh) - Sekiranya perlu
7. Mulakan menulis tugasan (gunakan format yang pernah saya berikan - Formulasi "MAUK")
8. Edit dan kenal pasti maklumat yang berguna dan kurang berguna (sekiranya pelajar menggunakan  
    MAUK, saya pasti terdapat lebihan perkataan yang kurang releven didalam tempoh penyediaan tugasan)
9. Kemaskinikan tugasan anda, semak semua ejaan, kosakata, "referencing" (untuk mengelakkan plagiarism) 
10. Baca sekali lagi... periksa samada tugasan anda menjawab soalan atau tidak.

*** Formulasi MAUK = adalah formula yang saya cipta dan gunakan dalam menyiapkan tugasan... Formula ini adalah untuk mengembangkan idea dari satu perkataan kepada satu perenggan dan akhirnya sebuah esei yang panjang lebar. Terbukti membantu dan telah menyumbangkan markah yang agak "dashyat" ketika penyediaan tugasan saya. Terdapat juga beberapa pelajar OUM menggunakan formulasi ini, dan terbukti telah memberikan mereka markah tugasan yang sangat hebat.

Selamat Maju Jaya!!!