Tuesday, April 23, 2013

Format Tugasan / Assignment di OUM

Rata-rata tugasan di OUM sekarang mempunyai format 40-60 yang mana 40% markah keseluruhan adalah disumbangkan dari penulisan Tugasan /  Assignment.

Terdapat suara-suara sumbang yang mengatakan 40% ini adalah terlalu besar dan menyenangkan para pelajar untuk lulus. Jawapan saya... YA, memang benar 40% ini besar tetapi tidak semestinya senang untuk lulus. Kenapa? Kita harus ingat bahawa struktur tugasan yang diberikan bukan seperti menjawab soalan-soalan di peringkat sekolah.

Di dalam menyiapkan sesebuah tugasan, para pelajar dikehendaki untuk membuat jawapan bertulis diantara 2000-3500 patah perkataan (secara amnya di semua peringkat universiti). Untuk menyiapkan tugasan seperti ini, para pelajar dikehendaki membuat pelbagai persediaan termasuklah membuat kajian dan juga mendalami sesuatu bidang ketahap yang lebih dalam. Ini penting untuk menghasilkan suatu tugasan / penulisan yang matang dan berkualiti.

Adakah sukar untuk mendapat 40%? Secara amnya, selalu saya katakan, tiada yang senang sekiranya kita sambil lewa. Usaha dan ketekunan itu penting. Dalam penulisan tugasan, 40% bukan sesuatu yang mustahil sekiranya para pelajar memahami konteks dan kehendak soalan. 

Apa yang perlu dilakukan? Ini adalah cara saya membuat tugasan ketika zaman Uni dahulu.... Mungkin boleh digunakan oleh anda... walaubagaimanapun, semuanya bergantung dengan cara anda sendiri...

1. Baca kehendak soalan.. fahamkan
2. Baca kehendak soalan.. fahamkan
3. Baca kehendak soalan.. fahamkan
4. Kenal pasti topik yang terlibat
5. Buat kajian berkenaan topik tersebut... banyakkan membaca berkenaan topik berkaitan
6. Kenalpasti contoh yang boleh diberikan (misalnya syarikat untuk dijadikan contoh) - Sekiranya perlu
7. Mulakan menulis tugasan (gunakan format yang pernah saya berikan - Formulasi "MAUK")
8. Edit dan kenal pasti maklumat yang berguna dan kurang berguna (sekiranya pelajar menggunakan  
    MAUK, saya pasti terdapat lebihan perkataan yang kurang releven didalam tempoh penyediaan tugasan)
9. Kemaskinikan tugasan anda, semak semua ejaan, kosakata, "referencing" (untuk mengelakkan plagiarism) 
10. Baca sekali lagi... periksa samada tugasan anda menjawab soalan atau tidak.

*** Formulasi MAUK = adalah formula yang saya cipta dan gunakan dalam menyiapkan tugasan... Formula ini adalah untuk mengembangkan idea dari satu perkataan kepada satu perenggan dan akhirnya sebuah esei yang panjang lebar. Terbukti membantu dan telah menyumbangkan markah yang agak "dashyat" ketika penyediaan tugasan saya. Terdapat juga beberapa pelajar OUM menggunakan formulasi ini, dan terbukti telah memberikan mereka markah tugasan yang sangat hebat.

Selamat Maju Jaya!!!


Saturday, May 19, 2012

Bengkel Asas Penulisan Tugasan (Penulisan Akademik)


Hello semua penuntut OUM,

Ada berita baik buat anda semua, terutamanya yang berdekatan di Miri.

Pada 9 June yang akan datang, saya akan menganjurkan Bengkel Asas Penulisan Tugasan (Penulisan Akademik) bagi pelajar OUM yang akan di adakan di PPT Miri. Bengkel ini boleh diikuti oleh semua pelajar, lama dan baru.

Dibahagi kepada 2 sesi, pagi dan petang dan setiap sesi hanya dihadkan kepada 50 orang pelajar yang pertama mendaftar sahaja.

Barang siapa yang berminat, sila hubungi PPT Miri 085-428611 pada waktu pejabat (Selasa-Sabtu)

Terima Kasih.

Edwin F.

Saturday, March 10, 2012

Kesihatan itu Penting Wahai Rakan Penuntut Semua...

Mungkin posting kali ini terkeluar dari tajuk. Tapi oleh kerana saya rasa penting nya berkongsi info kesihatan dengan orang yang memerlukan, lawatilah ke laman ini: http://permatabintulu.blogspot.com/2012/03/jus-penyembuh-pelbagai-penyakit.html

Edwin F.

Sunday, February 26, 2012

Tugasan Berkualiti...

Mungkin ada di antara kita yang masih ragu-ragu dan tidak tahu memulakan sesebuah tugasan. Malah ramai yang masih tidak tahu apa yang hendak dijawab untuk sesebuah tugasan.

Ungkapan.. "Tugasan yang baik" atau "Tugasan yang berkualiti" mungkin sudah seringkali kita dengar keluar dari mulut para tutor atau pensyarah. Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan "tugasan yang berkualiti"?..

Bagaimana dengan anda? Anda tahu apa yang dimaksudkan dengan "kualiti"?

Kualiti membawa maksud yang subjektif. Terdapat banyak tafsiran yang dibuat berkenaan dengan perkataan ini. Mungkin lain orang memberikan tafsiran yang berlainan. Tidak kisah lah, yang penting anda faham atau tidak maksud perkataan tersebut?

Ini pula tafsiran saya... Saya berikan anda satu situasi...

Yang manakah lebih kualiti, pen yang berharga RM1.50 sebatang atau yang berharga RM150.00

Mungkin ramai yang menjawab, "harga bukan penentu" atau mungkin ada yang mengatakan harga yang mahal, kualiti lebih baik... atau sebalik nya...

Bagaimana dengan anda pula? Itu jawapan orang lain.... jawapan anda?

Daripada contoh diatas, ulasan saya adalah, kualiti adalah berkenaan dengan memenuhi keperluan.

Bagi seorang pelajar, pen yang berharga RM1.50 sebatang adalah memadai. Bagi seorang Pengarah Urusan pula, mungkin memerlukan sebatang pen yang mahal bagi keperluan dirinya sebagai seorang pengarah. Bayangkan, adalah tidak "logik" bagi seorang Pengarah Urusan untuk menandatangani MoU atau Kontrak berjuta-juta dengan sebatang pen yang berharga RM1.50. Boleh.... tidak salah... tetapi adakah itu memenuhi "keperluan" beliau... Atau, adalah memenuhi keperluan seorang pelajar untuk menjawab perperiksaan dengan menggunakan pen berharga RM150.00... Sekali lagi, tidak salah jika pelajar itu mampu... Tetapi adakah itu memenuhi keperluan?

Baik lah... berbalik kepada tugasan pelajar... "Tugasan yang berkualiti" membawa pengertian yang sama... Jika dikaitkan dengan ulasan yang saya berikan tadi, tugasan atau jawapan yang berkuali sangat-sangat bergantung dengan keperluan soalan... Selain itu, tugasan tersebut hendaklah juga bergantung dengan keperluan universiti... Maksudnya... jawapan tugasan mestilah memenuhi kriteria-kriteria yang dikehendaki oleh soalan, menjawab soalan, berpandukan silibus matapelajaran dan juga tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak universiti... Contohnya, tidak meniru, "cut & paste" atau menyuruh rakan-rakan pelajar untuk membuat tugasan anda.... Itu lah yang di maksudkan "Tugasan yang berkualiti" dalam konteks seorang pelajar universiti... Banyak lagi sebenarnya....

Bagaimana dengan anda? Adakah tugasan anda "BERKUALITI"? Fikir-fikirkan lah...

Edwin F.

Saturday, January 14, 2012

Kandungan (Table of Contents) - Bahagian 2

Sambungan dari bahagian 1...

Dari posting bahagian 1, saya telah menerangkan pentingnya menulis "isi kandungan" yang baik dalam sesebuah tugasan. Dalam bahagian ke-2 ini, saya akan tunjukkan apa yang dimaksudkan dengan penulisan "isi kandungan" yang baik dan kurang memuaskan.

Berikut adalah gambar yang diambil dari tugasan para pelajar yang pernah saya semak. Sila perhatikan struktur penulisan "isi kandungan" berikut dan beri penilaian anda...

 Gambar 1 - Contoh Isi Kandungan Yang Baik dan Jelas


Gambar 2 - Contoh Isi Kandungan Yang Baik dan Jelas

Gambar 3 - Contoh Isi Kandungan Yang Baik dan Jelas

Gambar 4 - Contoh Isi Kandungan Yang Kurang Baik dan Tidak Lengkap

Berdasarkan penerangan yang telah diberikan di Bahagian 1 dan dari penilaian anda sendiri, sekiranya anda adalah penyemak tugasan yang mengandungi jumlah mukasurat yang banyak, yang manakah akan memudahkan anda untuk menilai dan mencari maklumat bagi pemberian markah?

Seperti yang telah saya jelaskan di bahagian 1, penyemak akan melihat terlebih dahulu "isi kandungan" untuk menilai sesebuah tugasan sebelum membaca keseluruhan penulisan. Ingat... "isi kandungan" yang tidak memuaskan akan memberikan tanggapan pertama yang negatif.

Perhatikan sekali lagi gambar diatas... dan fikir-fikirkan lah...

Edwin F.

Monday, January 9, 2012

Kandungan (Table of Contents)

Teringat dalam suatu kelas di UMS, para pelajar bertanya penting sangatkah "Kandungan" dalam  setiap tugasan yang diberikan? Jawapan nya adalah... "YA, SANGAT PENTING".

Kenapa?
Kandungan ataupun "Table of Content" memang sangat penting dalam sesebuah tugasan. Ini kerana kandungan boleh membantu memberi idea kepada penyemak untuk mengetahui isi sesebuah tugasan. Ringkasnya, kandungan yang ditulis dengan baikdapat memberi gambaran tentang apa yang ditulis oleh para penuntut. Selain itu, penyemak juga dapat melihat kesinambungan penulisan tugasan para penuntut dan secara tidak langsung akan membantu penyemak mencari fakta dan jawapan para penuntut dengan lebih senang. Bukan kah ini memberikan kelebihan kepada tugasan para penuntut. Jangan lupa, penyemak juga manusia. Bayangkan sekiranya terdapat beratus-ratus tugasan yang perlu diperiksa dalam tempah yang singkat, penyemak akan merujuk kepada senarai kandungan bagi memberi markah kepada jawapan penuntut.

Bagaimana menulis kandungan yang baik?
Sebuah kandungan yang baik hendaklah menyenaraikan secara terperinci setiap tajuk kandungan tugasan. Terdapat pelbagai format penyediaan kandungan. Para penuntut boleh menggunakan apa saja cara menulis kandungan, yang penting ianya hendaklah jelas dan teratur.

Adakah kandungan diberi markah?
Bergantung dengan pensyarah anda. Ada juga pemeriksa yang memberi markah kepada "presentation" dan struktur tugasan. Ada juga yang tidak memberi markah. Walaubagaimanapun, penyediaan kandungan yang baik juga memberi impak, kerana sudah pasti setiap pemeriksa akan merujuk kepada kandungan anda terlebih dahulu untuk melihat apa yang anda tulis.


Adakah kandungan memberi kesan kepada penghitungan jumlah perkataan?
Tidak. Penghitungan jumlah perkataan tidak termasuk perkataan di dalam kandungan. Sekiranya anda kuatir bahawa tugasan anda terlalu panjang, jangan risau!. Jumlah perkataan sepatutnya dikira selepas kandungan.

Didalam posting yang berikutnya, saya akan menerangkan bagaimana untuk menulis "Isi Kandungan" yang baik, dan diharap dapat memberi idea kepada para penuntut menstruktur "Isi Kandungan" yang berkesan dan jelas...

Edwin F.

Sunday, January 8, 2012

Selamat Tahun Baharu 2012

Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia kepada semua pelajar OUM!!!

Bertahun lamanya blog ini tidak di-update. Owh rindu pula dengan pelajar OUM. Sekarang saya sudah tidak lagi mengajar di OUM disebabkan berpindah kerja ke Labuan, dan PPT Labuan pun tidaklah sebesar PPT lain yang pelajarnya lebih ramai dan memerlukan lebih ramai tutor.

Disebabkan minat yang mendalam untuk berkongsi ilmu pengetahuan, tidak kira dengan yang tua dan muda, kali ini saya mendapat peluang pula berkongsi pengetahuan dengan adik-adik di Universiti Malaysia Sabah - Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Semester ini mengajar subjek Pengurusan Kewangan Lanjutan (Advanced Financial Management). Mencabar juga dan student pun ramai. Mula-mula mendaftar dulu ada 125 orang pelajar. Selepas tambah-tolak-darab-bahagi... sekarang tinggal 98 orang pelajar yang diajar dalam satu dewan kuliah yang besar.

Berkesempatan juga bertemu dengan bekas2 pelajar OUM, yang rata2 berada di tahun akhir pengajian. Ada juga pelajar yang sudah menghabiskan pengajian. Bila bertemu, dari jauh mereka memanggil dan ingin belanja makan... Mana tidaknya makin sehat, kalau sepanjang di OUM dahulu, ada lebih kurang 100 orang pelajar, kalau semua belanja makan.... alawehhh...

Ada juga, bekas pelajar yang menyambung pengajian ke peringkat Masters. Tahniah!!! Tidak kurang juga pelajar yang sentiasa menghubungi dan bertanya tip2 berkenaan tugasan. Boleh saja.... Penulisan tugasan semuanya sama, tidak kira anda menuntut di IPT awam atau swasta. Yang penting jangan lari dari topik atau kehendak soalan.

Bagi pelajar yang baru masuk ke OUM dan akan masuk memulakan pengajian di semester baharu 2012, Selamat Datang Ke OUM. Tahun 2012 merupakan tahun yang pasti membuahkan Kecemerlangan bagi semua orang. Tahun ini juga, saya berazam untuk sentiasa meng-update blog yang saya tulis.

Ada tiga semuanya. Kalau ada masa, datanglah berkunjung.
1. http://permatabintulu.blogspot.com/ - blog peribadi - coretan, nukilan, luahan perasaan etc
2. http://jutawanbergaya.blogspot.com/ - blog motivasi - bukan berkenaan dengan wang ringgit sahaja.
    Jutawan bermaksud kaya dari semua segi. Datang lah melawat. Blog baharu dengan kandungan baharu.
3. http://panduanmenulistugasan.blogspot.com/ - blog akademik-penulisan tugasan, motivasi dan sedikit info
    ditujukan kepada penuntut OUM. (Mungkin akan juga diselitkan nanti ruangan bagi penuntut2 UMSKAL

Apa-apapun, selamat maju jaya dalam pembelajaran anda. Sampai berjumpa lagi dengan kandungan-kandungan penulisan akademik yang berkualiti.

Edwin F.