Thursday, October 28, 2010

Tutorial 4 - OUM

Dear students,

Please be informed that T4 is on the 30th October...

Regards,
Edwin F.

Thursday, August 26, 2010

Perubahan Sistem Penilaian Bagi FBM

Pemarkahan tugasan telah berubah mulai Semester Mei 2010.... Tugasan hanya 30% daripada jumlah keseluruhan pemarkahan DAN ianya dihantar melalui SISTEM ONLINE...

P/S: teringat zaman MBA dengan USQ... semua tugasan dihantar online supaya membolehkan SISTEM ANTI-PLAGIARISM digunakan oleh pihak universiti mengesan sebarang JENAYAH PLAGIARISM... keh keh keh...

Bilangan Perkataan / Word Count

Sesuatu yang saya ingin kongsikan mengenai "Word Count"...
Saya pernah diajukan dengan soalan ini ketika di dalam kelas. Para pelajar bertanya bagaimana untuk mengenalpasti word count dan kriteria untuk pemarkahan.
Terus terang saya katakan, word count tidak mempengaruhi pemarkahan secara langsung. Sebenarnya, word count adalah panduan bagi para pelajar dalam penulisan mereka. Disini, ingin saya jelaskan, bilangan perkataan adalah tidak sama mengikut subjek ataupun kriteria sesebuah fakulti.
Terdapat tugasan yang menetapkan jumlah perkataan, tetapi juga ada yang tidak meletakkan keperluan jumlah perkataan. Persoalannya, berapa banyak yang harus ditulis? Jawapan saya adalah: bergantung dengan tahap pendidikan anda dan subjek yang diambil... Kalau subjek matematik, tak kan nak tulis sehingga 3000 patah perkataan
Secara puratanya (jika tidak dinyatakan) para pelajar di peringkat Diploma dan ijazah dikehendaki menulis diantara 1500-2500 patah perkataan. Sekali lagi saya katakan... ianya bergantung dengan penyarah anda... Tanya beliau... apa yang beliau mahu dan apa kehendak soalan...
Dari segi penghitungan jumlah perkataan pula, bagi saya sendiri (yang mana saya telah dilatih untuk melakukan begini dari peringkat diploma lagi) ianya bermula dari perkataan pertama selepas kandungan sehinggalah ke peringkat kesimpulan. Appendiks pula tidak diambil kira dalam jumlah penghitungan perkataan, begitu juga dengan bahagian ISI KANDUNGAN (Table of contents).
Kerana itu lah, ketika menuntut dahulu, ulasan2 sokongan selalunya saya akan letakkan di bahagian apendiks, termasuk graf, peta, jadual dll... (nak jimat la katakan)
P/S: setiap kali sebelum anda memulakan penulisan tugasan, adalah lebih baik anda membaca arahan yang diberikan... Sekiranya tidak pasti... jangan segan bertanya dengan penyarah / tutor anda....

Menulis Isi Tugasan

Di dalam proses mengarang sesuatu tugasan terutamanya yang berkonsepkan penulisan akademik, susunan dan penterjemahan idea, sokongan idea oleh cendiakawan dan ulasan dari pelajar amatlah penting.

Ketika mengambil ijazah dahulu, saya telah menggunakan satu formula yang saya ringkaskan dari penulisan akademik yang advanced. Formulasi ini saya gunakan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan dan ternyata berkesan. Malahan, ketika menyiapkan tugasan dalam MBA, formulasi ini ternyata memberi impak yang amat besar dari segi pemarkahan. Saya namakan formulasi ini sebagai M.A.U.K.

Gelaran ini saya berikan yang bermaksud "mahu" dan diterjemahkan dari bahasa Melayu Sarawak. Asalnya, setiap kali bermula semester, para pelajar akan diberikan tugasan. Dan selalunya perasaan MALAS dan TIDAK MAHU akan menyelubungi perasaan pelajar... hehehe (memang lumrah manusia pun... MALAS... dan saya tidak terkecuali)

Formulasi MAUK merupakan cara paling mudah dan berkesan yang boleh digunakan oleh para pelajar dalam membuat tugasan. Formulasi ini menekankan 4 perkara :

M = Makna / Definisi
A = Aplikasi / Analisa
U = Ulasan
K = Kesimpulan

P/S: Gunakan formulasi ini dalam setiap penulisan tugasan. Saya pasti anda akan berada pada landasan yang betul... PERCAYALAH....

Masalah Dan Kesilapan Dalam Menulis Tugasan

Berikut adalah masalah-masalah yang biasa dihadapi untuk memulakan penulisan tugasan:
• Tidak tahu bagaimana hendak mulakan tugasan
• Tidak tahu apa yang perlu ditulis
• Tidak tahu samada apa yang bakal ditulis itu betul atau sebaliknya
• Tidak tahu membuat susunan (FLOW of assignment)

Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar
• Tidak membaca soalan
• Tidak memahami soalan
• Memberi definasi sendiri
• “Cut & Paste”
• Menulis tanpa berfikir
• Meniru idea rakan-rakan
• Menyuruh orang lain membuat tugasan bagi pihak anda

Wednesday, August 25, 2010

Plagiarism oh Plagiarism...!!!


Ketika kusyuk membuat tugasan, para penuntut kadangkala terlupa akan perkara-perkara kecil. Perkara kecil ini selalunya boleh mendatangkan masalah yang besar terhadap penuntut.

Yang lebih teruk sekali adalah apabila para penuntut cuba membuat tugasan secara tergesa-gesa. Ini bukan berlaku sekali-sekala atau pada anda sahaja. Saya juga mempunya pengalaman pengalaman yang sama ketika masih menuntut dahulu. Keadaan kelam kabut ini selalunya akan membuka potensi yang luas melakukan plagiarism.(bohongla kalau tak pernah buat kerja last minute)

Saya pernah menerima teguran daripada seorang professor untuk satu subjek di peringkat MBA. Dia mengatakan bahawa saya seorang "pencuri". Tergamam juga dibuat orang tua ni.

(lakonan semula...)
"Is this your own idea?"
"Yes sir..." jawabku selamba. Aku ingatkan dia bertanyakan adakah tugasan itu adalah hasil kerja aku sendiri tanpa menyuruh orang lain...
"So...... you are better than Humphrey ha???" sindirnya...
"Oh no sir... i thought you're asking me about my assignment... i did it myself, sir" jawabku jujur, memang pernah juga para pelajar kena tangkap kerana menyuruh orang lain menyiapkan tugasan mereka...
"Dont claim this is your idea if it's not belongs to you..."
"No sir..."
"So... why dont you give credit to Humphrey... SWOT is his idea, not yours... You are just borrowing his idea... Am i right? or you STEAL his idea?... It's a crime..."

Aduh mak.... tidak buat referencing pun jadi pencuri... adeh....

Hahaha.... macam-macam ragam ketika jadi students... so peringatan kepada kawan-kawan semua... PLAGIARISM is a CRIME...

Tips: bertanya kalau tak tahu... dan sentiasa refer dengan yang lebih tahu... jangan jadi bodoh sombong...
boleh check sini kalau nak :
http://www.articlechecker.com/ atau refer APA system untuk lebih kepastian: www.waikato.ac.nz/library/learning/g_apaguide.shtml

Ada Idea atau Tidak Ada Idea ???


Idea perlu diterjemahkan didalam bentuk penulisan.... Itulah kemahiran yang perlu ada pada setiap penuntut. Idea yang banyak tidak bermakna sekiranya penuntut tidak dapat meluahkan didalam jawapan tugasan.

Melalui pengalaman saya mengajar di IPT, selalunya masalah yang dihadapi oleh penuntut adalah tidak tahu untuk memulakan tugasan ATAU tidak tahu mengembangkan idea dalam penulisan. Alasan yang selalu didengar adalah tidak cukup masa ataupun tidak ada idea. Sebenarnya idea itu ada CUMA penuntut tidak tahu mengembangkannya menjadi satu jawapan tugasan yang baik

Kemahiran mengembangkan idea ini harus dipupuk dan dilatih. Kaedah ini sangat penting, bukan sahaja boleh digunakan oleh para penuntut ketika membuat tugasan, bahkan juga boleh digunakan untuk membuat laporan serta kertas kerja di tempat kerja.

Tips: Tidak ada jawapan yang betul atau salah dalam penulisan tugasan, persoalannya, menjawab soalan atau tidak... hehehe

Format Pemarkahan Tugasan

Format pemarkahan tugasan di OUM telah berubah. Jika and perasan, tidak berapa lama dahulu, pelajar diberikan satu tajuk dan masalah dalam bentuk situasi.

Markah untuk soalan tugasan adalah 35 markah. Di sini pihak universiti mendapati pelajar menghadapi kesukaran untuk menjawab soalah tersebut dan potensi pelajar membuat kesilapan adalah besar.

Kini, sebahagian besar tugasan dari matapelajaran yang di tawarkan di OUM menggunakan format seakan-akan menjawab soalan. Misalnya, satu tugasan yang markah keseluruhannya 35, dibahagikan kepada bahagian-bahagian kecil yang markah nya dibahagikan mengikut tahap kesukaran soalan tersebut.

Sebenarnya, format baru yang digunakan oleh OUM tidak bermaksud para pelajar dikehendaki menjawab soalan tugasan secara sambil lewa dan ringkas.

TIPS: Jangan terpedaya dengan markah, 2 markah tidak bermaksud anda perlu manjawab dalam 2 ayat... hehehe...

Sunday, April 18, 2010

Pengambilan Mei 2010


Kepada Yang Berminat Menyambung Belajar SAHAJA

Pengambilan bagi Kemasukan Semester Mei 2010 di OUM sedang berlangsung. Sila lawat pusat pembelajaran yang terdekat dengan anda...


10 SEBAB KENAPA anda perlu belajar:
  1. tambah ilmu

  2. tambah ilmu

  3. tambah ilmu

  4. tambah ilmu

  5. tambah ilmu

  6. tambah ilmu

  7. tambah ilmu

  8. tambah ilmu

  9. tambah ilmu

  10. tambah ilmu

Sebetulnya tiada alasan lain untuk anda belajar...


PERCAYALAH, ANDA AKAN MERASAKAN PERUBAHAN KEHIDUPAN YANG SANGAT KETARA SELEPAS ANDA MENDAFTAR SEBAGAI PELAJAR DAN SELEPAS ANDA MELANGKAH MEGAH DENGAN SEGULUNG IJAZAH...

Wednesday, April 14, 2010

Panduan Menulis Tugasan (Assignment)

Selepas sekian lama menceburi bidang akademik, saya mendapati rata-rata para pelajar masih lemah untuk menghasilkan satu tugasan (assignment) yang baik. Kebanyakkan hasil yang ditulis oleh para pelajar adalah tugasan yang "sekadar siap" atau "ala kadar" sahaja.

Di OUM, tugasan menyumbangkan 35% daripada markah keseluruhan matapelajaran. Maksudnya, sekiranya pelajar berjaya menghasilkan sebuah tugasan yang baik, potensi untuk SCORE - A adalah besar. Sayang kiranya bahagian ini diambil ringan oleh para pelajar.

Berdasarkan penelitian ini, saya telah tergerak hati untuk menulis sebuah buku panduan ringkas untuk dijadikan rujukan kepada para pelajar dalam mereka berusaha menghasilkan sebuah tugasan yang baik dan berkualiti.

Penulisan sebuah tugasan tidak mempunyai format yang tetap. Walaubagaimanapun, buku ini ditulis secara santai dengan cara memberikan panduan langkah-langkah yang perlu diambil perhatian dalam menulis sebuah tugasan.

Cara-cara yang dicadangkan di dalam buku ini adalah bersifat penulisan akademik yang ringkas. Walaupun ringkas, cara-cara yang dicadangkan adalah menepati kehendak penulisan akademik. Sesuai untuk para pelajar yang:
  • tidak tahu memulakan penulisan tugasan
  • tidak pasti samada yang ditulis / dijawab adalah betul atau tidak
  • sesuai untuk pelajar yang membuat TUGASAN dan bukan THESIS
  • sesuai untuk pelajar diploma dan ijazah sarjana muda

Cadangan penulisan di dalam panduan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang pelajar. Cara-cara ini telah digunapakai ketika masih menuntut di peringkat ijazah sarjana muda hingga ke peringkat master. Saya juga telah mengadaptasi cara-cara penulisan tersebut ketika membimbing rakan-rakan dan para pelajar saya dalam mereka menulis tugasan. Hasilnya sangat memuaskan, dan majoriti daripada mereka mendapat markah tidak kurang dari 30 daripada 35, malah pernah juga beberapa kali pelajar yang menggunakan cara-cara yang dicadangkan mendapat markah penuh didalam tugasan mereka.

Walaubagaimanapun, setakat ini buku tersebut telah 70% siap dan dalam proses pengeditan untuk memastikan panduan yang disampaikan memenuhi kualiti dalam penulisan akademik.

Sekiranya anda berminat lanjut berkenaan buku tersebut... nantikan di dalam posting saya yang akan datang... dan jangan lupa untuk "FOLLOW" saya dalam blog ini... Sehingga bertemu lagi...

SELAMAT MENIMBA ILMU...

Usia Bukan Penghalang

Pengalaman saya mengajar di OUM merupakan sesuatu yang akan terpahat didalam memori sehingga ke hujung nyawa. Pelbagai ragam manusia ditemui.

Semester lepas, saya telah diamanahkan oleh pihak fakulti untuk mengajar sebuah kelas yang kecil. Pelajar berdaftar hanyalah 7 orang sahaja. Walaubagaimanapun, kelas yang kecil ini tidak pernah sunyi dengan coretan seorang pelajar yang sudah berumur.

Beliau berumur 54 tahun. Pengalaman nya yang luas kadangkala membuatkan saya risau. Mungkin dari segi akademiknya kurang, tetapi pengalaman hidupnya membuatkan beliau seorang yang sangat disegani di dalam kelas.

Bagi beliau, bukan sijil di akhir pengajian yang dikejar, tetapi kerana terlalu hauskan ilmu, belajar dan diajar oleh tutor yang lebih muda darinya, bukan sesuatu yang aneh. Mungkin perungkapan orang lama yang menyebut "aku lebih banyak makan garam" sudah tidak praktikal lagi masa kini. Mungkin praktikal, tetapi bukan lagi 100%.

Tahniah dan Selamat Maju Jaya.

Tergerak Hati


Salam Perkenalan,

Tergerak hati untuk mencipta sebuah blog yang boleh digunakan untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang saya ceburi.

Berlatarbelakangkan akademik dalam bidang perbankan, perakaunan dan pengurusan, DITAMBAH dengan pengalaman bekerja dengan sebuah syarikat swasta dalam bidang pengurusan perniagaan, teknologi (oil & gas), pengurusan kualiti dan setiausaha syarikat membuatkan saya matang dalam kehidupan sebagai seorang insan yang bergelar manusia disamping mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan.

Kini, saya telah menceburkan diri dengan perniagaan disampung turut menyumbangkan ilmu pengetahuan dengan para pelajar di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dan juga program diploma exsekutif oleh UTM-SPACE. Minat yang mendalam dalam bidang akademik dan perkongsian pengetahuan membuatkan saya sentiasa berkobar-kobar untuk mempromosikan akademik kepada semua golongan, terutamanya golongan yang merasakan diri mereka pernah tercicir daripada akademik ketika di zaman muda dahulu.

Saya juga bercita-cita tinggi untuk mendapatkan pencapaian akademik tertinggi.. PhD, yang menjadi igauan semua orang yang meminati bidang pengetahuan. Satu lagi langkah yang perlu dilalui. Semua peringkat sudah ditempuh dengan gagah. Mungkin masanya belum tiba. Banyak yang perlu disediakan, terutamanya dari segi mental dan kewangan. Apa yang pasti, ianya akan menjadi suatu realiti dimana minat dan kepuasan bertemu jodoh menjadi IJAZAH TERTINGGI..

Salam 1Malaysia

Edwin Francis.