Thursday, August 26, 2010

Bilangan Perkataan / Word Count

Sesuatu yang saya ingin kongsikan mengenai "Word Count"...
Saya pernah diajukan dengan soalan ini ketika di dalam kelas. Para pelajar bertanya bagaimana untuk mengenalpasti word count dan kriteria untuk pemarkahan.
Terus terang saya katakan, word count tidak mempengaruhi pemarkahan secara langsung. Sebenarnya, word count adalah panduan bagi para pelajar dalam penulisan mereka. Disini, ingin saya jelaskan, bilangan perkataan adalah tidak sama mengikut subjek ataupun kriteria sesebuah fakulti.
Terdapat tugasan yang menetapkan jumlah perkataan, tetapi juga ada yang tidak meletakkan keperluan jumlah perkataan. Persoalannya, berapa banyak yang harus ditulis? Jawapan saya adalah: bergantung dengan tahap pendidikan anda dan subjek yang diambil... Kalau subjek matematik, tak kan nak tulis sehingga 3000 patah perkataan
Secara puratanya (jika tidak dinyatakan) para pelajar di peringkat Diploma dan ijazah dikehendaki menulis diantara 1500-2500 patah perkataan. Sekali lagi saya katakan... ianya bergantung dengan penyarah anda... Tanya beliau... apa yang beliau mahu dan apa kehendak soalan...
Dari segi penghitungan jumlah perkataan pula, bagi saya sendiri (yang mana saya telah dilatih untuk melakukan begini dari peringkat diploma lagi) ianya bermula dari perkataan pertama selepas kandungan sehinggalah ke peringkat kesimpulan. Appendiks pula tidak diambil kira dalam jumlah penghitungan perkataan, begitu juga dengan bahagian ISI KANDUNGAN (Table of contents).
Kerana itu lah, ketika menuntut dahulu, ulasan2 sokongan selalunya saya akan letakkan di bahagian apendiks, termasuk graf, peta, jadual dll... (nak jimat la katakan)
P/S: setiap kali sebelum anda memulakan penulisan tugasan, adalah lebih baik anda membaca arahan yang diberikan... Sekiranya tidak pasti... jangan segan bertanya dengan penyarah / tutor anda....

No comments:

Post a Comment