Pengalaman saya mengajar di OUM merupakan sesuatu yang akan terpahat didalam memori sehingga ke hujung nyawa. Pelbagai ragam manusia ditemui.
Semester lepas, saya telah diamanahkan oleh pihak fakulti untuk mengajar sebuah kelas yang kecil. Pelajar berdaftar hanyalah 7 orang sahaja. Walaubagaimanapun, kelas yang kecil ini tidak pernah sunyi dengan coretan seorang pelajar yang sudah berumur.
Beliau berumur 54 tahun. Pengalaman nya yang luas kadangkala membuatkan saya risau. Mungkin dari segi akademiknya kurang, tetapi pengalaman hidupnya membuatkan beliau seorang yang sangat disegani di dalam kelas.
Bagi beliau, bukan sijil di akhir pengajian yang dikejar, tetapi kerana terlalu hauskan ilmu, belajar dan diajar oleh tutor yang lebih muda darinya, bukan sesuatu yang aneh. Mungkin perungkapan orang lama yang menyebut "aku lebih banyak makan garam" sudah tidak praktikal lagi masa kini. Mungkin praktikal, tetapi bukan lagi 100%.
Tahniah dan Selamat Maju Jaya.
No comments:
Post a Comment