Wednesday, April 14, 2010

Panduan Menulis Tugasan (Assignment)

Selepas sekian lama menceburi bidang akademik, saya mendapati rata-rata para pelajar masih lemah untuk menghasilkan satu tugasan (assignment) yang baik. Kebanyakkan hasil yang ditulis oleh para pelajar adalah tugasan yang "sekadar siap" atau "ala kadar" sahaja.

Di OUM, tugasan menyumbangkan 35% daripada markah keseluruhan matapelajaran. Maksudnya, sekiranya pelajar berjaya menghasilkan sebuah tugasan yang baik, potensi untuk SCORE - A adalah besar. Sayang kiranya bahagian ini diambil ringan oleh para pelajar.

Berdasarkan penelitian ini, saya telah tergerak hati untuk menulis sebuah buku panduan ringkas untuk dijadikan rujukan kepada para pelajar dalam mereka berusaha menghasilkan sebuah tugasan yang baik dan berkualiti.

Penulisan sebuah tugasan tidak mempunyai format yang tetap. Walaubagaimanapun, buku ini ditulis secara santai dengan cara memberikan panduan langkah-langkah yang perlu diambil perhatian dalam menulis sebuah tugasan.

Cara-cara yang dicadangkan di dalam buku ini adalah bersifat penulisan akademik yang ringkas. Walaupun ringkas, cara-cara yang dicadangkan adalah menepati kehendak penulisan akademik. Sesuai untuk para pelajar yang:
  • tidak tahu memulakan penulisan tugasan
  • tidak pasti samada yang ditulis / dijawab adalah betul atau tidak
  • sesuai untuk pelajar yang membuat TUGASAN dan bukan THESIS
  • sesuai untuk pelajar diploma dan ijazah sarjana muda

Cadangan penulisan di dalam panduan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang pelajar. Cara-cara ini telah digunapakai ketika masih menuntut di peringkat ijazah sarjana muda hingga ke peringkat master. Saya juga telah mengadaptasi cara-cara penulisan tersebut ketika membimbing rakan-rakan dan para pelajar saya dalam mereka menulis tugasan. Hasilnya sangat memuaskan, dan majoriti daripada mereka mendapat markah tidak kurang dari 30 daripada 35, malah pernah juga beberapa kali pelajar yang menggunakan cara-cara yang dicadangkan mendapat markah penuh didalam tugasan mereka.

Walaubagaimanapun, setakat ini buku tersebut telah 70% siap dan dalam proses pengeditan untuk memastikan panduan yang disampaikan memenuhi kualiti dalam penulisan akademik.

Sekiranya anda berminat lanjut berkenaan buku tersebut... nantikan di dalam posting saya yang akan datang... dan jangan lupa untuk "FOLLOW" saya dalam blog ini... Sehingga bertemu lagi...

SELAMAT MENIMBA ILMU...

2 comments:

  1. satu usaha yang baik dan sekiranya buku tersebut telah siap dan diterbitkan saya berharap saya antara orang ynag pertama mendapatkan naskhah tersebut.

    ReplyDelete
  2. pendidikan tidak mengenal usia.....untuk memulakan sesuatu yang baru tidak susah....cuma perlu panduan dan bimbingan....dengan adanya panduan ini sekurang-kurangnya dapat membantu.....Jurusan BIM- LC miri....

    ReplyDelete