Sunday, April 18, 2010

Pengambilan Mei 2010


Kepada Yang Berminat Menyambung Belajar SAHAJA

Pengambilan bagi Kemasukan Semester Mei 2010 di OUM sedang berlangsung. Sila lawat pusat pembelajaran yang terdekat dengan anda...


10 SEBAB KENAPA anda perlu belajar:
  1. tambah ilmu

  2. tambah ilmu

  3. tambah ilmu

  4. tambah ilmu

  5. tambah ilmu

  6. tambah ilmu

  7. tambah ilmu

  8. tambah ilmu

  9. tambah ilmu

  10. tambah ilmu

Sebetulnya tiada alasan lain untuk anda belajar...


PERCAYALAH, ANDA AKAN MERASAKAN PERUBAHAN KEHIDUPAN YANG SANGAT KETARA SELEPAS ANDA MENDAFTAR SEBAGAI PELAJAR DAN SELEPAS ANDA MELANGKAH MEGAH DENGAN SEGULUNG IJAZAH...

Wednesday, April 14, 2010

Panduan Menulis Tugasan (Assignment)

Selepas sekian lama menceburi bidang akademik, saya mendapati rata-rata para pelajar masih lemah untuk menghasilkan satu tugasan (assignment) yang baik. Kebanyakkan hasil yang ditulis oleh para pelajar adalah tugasan yang "sekadar siap" atau "ala kadar" sahaja.

Di OUM, tugasan menyumbangkan 35% daripada markah keseluruhan matapelajaran. Maksudnya, sekiranya pelajar berjaya menghasilkan sebuah tugasan yang baik, potensi untuk SCORE - A adalah besar. Sayang kiranya bahagian ini diambil ringan oleh para pelajar.

Berdasarkan penelitian ini, saya telah tergerak hati untuk menulis sebuah buku panduan ringkas untuk dijadikan rujukan kepada para pelajar dalam mereka berusaha menghasilkan sebuah tugasan yang baik dan berkualiti.

Penulisan sebuah tugasan tidak mempunyai format yang tetap. Walaubagaimanapun, buku ini ditulis secara santai dengan cara memberikan panduan langkah-langkah yang perlu diambil perhatian dalam menulis sebuah tugasan.

Cara-cara yang dicadangkan di dalam buku ini adalah bersifat penulisan akademik yang ringkas. Walaupun ringkas, cara-cara yang dicadangkan adalah menepati kehendak penulisan akademik. Sesuai untuk para pelajar yang:
  • tidak tahu memulakan penulisan tugasan
  • tidak pasti samada yang ditulis / dijawab adalah betul atau tidak
  • sesuai untuk pelajar yang membuat TUGASAN dan bukan THESIS
  • sesuai untuk pelajar diploma dan ijazah sarjana muda

Cadangan penulisan di dalam panduan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang pelajar. Cara-cara ini telah digunapakai ketika masih menuntut di peringkat ijazah sarjana muda hingga ke peringkat master. Saya juga telah mengadaptasi cara-cara penulisan tersebut ketika membimbing rakan-rakan dan para pelajar saya dalam mereka menulis tugasan. Hasilnya sangat memuaskan, dan majoriti daripada mereka mendapat markah tidak kurang dari 30 daripada 35, malah pernah juga beberapa kali pelajar yang menggunakan cara-cara yang dicadangkan mendapat markah penuh didalam tugasan mereka.

Walaubagaimanapun, setakat ini buku tersebut telah 70% siap dan dalam proses pengeditan untuk memastikan panduan yang disampaikan memenuhi kualiti dalam penulisan akademik.

Sekiranya anda berminat lanjut berkenaan buku tersebut... nantikan di dalam posting saya yang akan datang... dan jangan lupa untuk "FOLLOW" saya dalam blog ini... Sehingga bertemu lagi...

SELAMAT MENIMBA ILMU...

Usia Bukan Penghalang

Pengalaman saya mengajar di OUM merupakan sesuatu yang akan terpahat didalam memori sehingga ke hujung nyawa. Pelbagai ragam manusia ditemui.

Semester lepas, saya telah diamanahkan oleh pihak fakulti untuk mengajar sebuah kelas yang kecil. Pelajar berdaftar hanyalah 7 orang sahaja. Walaubagaimanapun, kelas yang kecil ini tidak pernah sunyi dengan coretan seorang pelajar yang sudah berumur.

Beliau berumur 54 tahun. Pengalaman nya yang luas kadangkala membuatkan saya risau. Mungkin dari segi akademiknya kurang, tetapi pengalaman hidupnya membuatkan beliau seorang yang sangat disegani di dalam kelas.

Bagi beliau, bukan sijil di akhir pengajian yang dikejar, tetapi kerana terlalu hauskan ilmu, belajar dan diajar oleh tutor yang lebih muda darinya, bukan sesuatu yang aneh. Mungkin perungkapan orang lama yang menyebut "aku lebih banyak makan garam" sudah tidak praktikal lagi masa kini. Mungkin praktikal, tetapi bukan lagi 100%.

Tahniah dan Selamat Maju Jaya.

Tergerak Hati


Salam Perkenalan,

Tergerak hati untuk mencipta sebuah blog yang boleh digunakan untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang saya ceburi.

Berlatarbelakangkan akademik dalam bidang perbankan, perakaunan dan pengurusan, DITAMBAH dengan pengalaman bekerja dengan sebuah syarikat swasta dalam bidang pengurusan perniagaan, teknologi (oil & gas), pengurusan kualiti dan setiausaha syarikat membuatkan saya matang dalam kehidupan sebagai seorang insan yang bergelar manusia disamping mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan.

Kini, saya telah menceburkan diri dengan perniagaan disampung turut menyumbangkan ilmu pengetahuan dengan para pelajar di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dan juga program diploma exsekutif oleh UTM-SPACE. Minat yang mendalam dalam bidang akademik dan perkongsian pengetahuan membuatkan saya sentiasa berkobar-kobar untuk mempromosikan akademik kepada semua golongan, terutamanya golongan yang merasakan diri mereka pernah tercicir daripada akademik ketika di zaman muda dahulu.

Saya juga bercita-cita tinggi untuk mendapatkan pencapaian akademik tertinggi.. PhD, yang menjadi igauan semua orang yang meminati bidang pengetahuan. Satu lagi langkah yang perlu dilalui. Semua peringkat sudah ditempuh dengan gagah. Mungkin masanya belum tiba. Banyak yang perlu disediakan, terutamanya dari segi mental dan kewangan. Apa yang pasti, ianya akan menjadi suatu realiti dimana minat dan kepuasan bertemu jodoh menjadi IJAZAH TERTINGGI..

Salam 1Malaysia

Edwin Francis.