Monday, January 9, 2012

Kandungan (Table of Contents)

Teringat dalam suatu kelas di UMS, para pelajar bertanya penting sangatkah "Kandungan" dalam  setiap tugasan yang diberikan? Jawapan nya adalah... "YA, SANGAT PENTING".

Kenapa?
Kandungan ataupun "Table of Content" memang sangat penting dalam sesebuah tugasan. Ini kerana kandungan boleh membantu memberi idea kepada penyemak untuk mengetahui isi sesebuah tugasan. Ringkasnya, kandungan yang ditulis dengan baikdapat memberi gambaran tentang apa yang ditulis oleh para penuntut. Selain itu, penyemak juga dapat melihat kesinambungan penulisan tugasan para penuntut dan secara tidak langsung akan membantu penyemak mencari fakta dan jawapan para penuntut dengan lebih senang. Bukan kah ini memberikan kelebihan kepada tugasan para penuntut. Jangan lupa, penyemak juga manusia. Bayangkan sekiranya terdapat beratus-ratus tugasan yang perlu diperiksa dalam tempah yang singkat, penyemak akan merujuk kepada senarai kandungan bagi memberi markah kepada jawapan penuntut.

Bagaimana menulis kandungan yang baik?
Sebuah kandungan yang baik hendaklah menyenaraikan secara terperinci setiap tajuk kandungan tugasan. Terdapat pelbagai format penyediaan kandungan. Para penuntut boleh menggunakan apa saja cara menulis kandungan, yang penting ianya hendaklah jelas dan teratur.

Adakah kandungan diberi markah?
Bergantung dengan pensyarah anda. Ada juga pemeriksa yang memberi markah kepada "presentation" dan struktur tugasan. Ada juga yang tidak memberi markah. Walaubagaimanapun, penyediaan kandungan yang baik juga memberi impak, kerana sudah pasti setiap pemeriksa akan merujuk kepada kandungan anda terlebih dahulu untuk melihat apa yang anda tulis.


Adakah kandungan memberi kesan kepada penghitungan jumlah perkataan?
Tidak. Penghitungan jumlah perkataan tidak termasuk perkataan di dalam kandungan. Sekiranya anda kuatir bahawa tugasan anda terlalu panjang, jangan risau!. Jumlah perkataan sepatutnya dikira selepas kandungan.

Didalam posting yang berikutnya, saya akan menerangkan bagaimana untuk menulis "Isi Kandungan" yang baik, dan diharap dapat memberi idea kepada para penuntut menstruktur "Isi Kandungan" yang berkesan dan jelas...

Edwin F.

No comments:

Post a Comment