Ungkapan.. "Tugasan yang baik" atau "Tugasan yang berkualiti" mungkin sudah seringkali kita dengar keluar dari mulut para tutor atau pensyarah. Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan "tugasan yang berkualiti"?..
Bagaimana dengan anda? Anda tahu apa yang dimaksudkan dengan "kualiti"?
Kualiti membawa maksud yang subjektif. Terdapat banyak tafsiran yang dibuat berkenaan dengan perkataan ini. Mungkin lain orang memberikan tafsiran yang berlainan. Tidak kisah lah, yang penting anda faham atau tidak maksud perkataan tersebut?
Ini pula tafsiran saya... Saya berikan anda satu situasi...
Yang manakah lebih kualiti, pen yang berharga RM1.50 sebatang atau yang berharga RM150.00
Mungkin ramai yang menjawab, "harga bukan penentu" atau mungkin ada yang mengatakan harga yang mahal, kualiti lebih baik... atau sebalik nya...
Bagaimana dengan anda pula? Itu jawapan orang lain.... jawapan anda?
Daripada contoh diatas, ulasan saya adalah, kualiti adalah berkenaan dengan memenuhi keperluan.
Bagi seorang pelajar, pen yang berharga RM1.50 sebatang adalah memadai. Bagi seorang Pengarah Urusan pula, mungkin memerlukan sebatang pen yang mahal bagi keperluan dirinya sebagai seorang pengarah. Bayangkan, adalah tidak "logik" bagi seorang Pengarah Urusan untuk menandatangani MoU atau Kontrak berjuta-juta dengan sebatang pen yang berharga RM1.50. Boleh.... tidak salah... tetapi adakah itu memenuhi "keperluan" beliau... Atau, adalah memenuhi keperluan seorang pelajar untuk menjawab perperiksaan dengan menggunakan pen berharga RM150.00... Sekali lagi, tidak salah jika pelajar itu mampu... Tetapi adakah itu memenuhi keperluan?
Baik lah... berbalik kepada tugasan pelajar... "Tugasan yang berkualiti" membawa pengertian yang sama... Jika dikaitkan dengan ulasan yang saya berikan tadi, tugasan atau jawapan yang berkuali sangat-sangat bergantung dengan keperluan soalan... Selain itu, tugasan tersebut hendaklah juga bergantung dengan keperluan universiti... Maksudnya... jawapan tugasan mestilah memenuhi kriteria-kriteria yang dikehendaki oleh soalan, menjawab soalan, berpandukan silibus matapelajaran dan juga tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak universiti... Contohnya, tidak meniru, "cut & paste" atau menyuruh rakan-rakan pelajar untuk membuat tugasan anda.... Itu lah yang di maksudkan "Tugasan yang berkualiti" dalam konteks seorang pelajar universiti... Banyak lagi sebenarnya....
Bagaimana dengan anda? Adakah tugasan anda "BERKUALITI"? Fikir-fikirkan lah...
Edwin F.